Forgiven, Accepted

April 24, 2008

Hidup ini satu perjuangan

Filed under: Bahasa Malaysia — Tags: , — tanyuethan @ 3:55 pm

Isu baru-baru ini, iaitu isu krisis makanan semakin hari semakin menyusahkan. Ku baru kembali dari gereja Methodist Kota Bahru. Roti yang saya beli dari kedai Muhibah di bawah gereja kini berharga RM6.50 bagi 6 keping, bukan lagi RM4.00 bagi 6 keping. Apakah kita kini terpaksa mengikat perut setiap hari? Ataupun makan maggi mee setiap hari? Habislah, kebuluran la saya! Jangan sesekali kita memandang ringan isu makanan. Walaupun ada antara kita yang tidak banyak terganggu dari krisis ini (mungkin sebab pendapatan anda mengcukupi), fikirlah golongan yang kurang berada, bagaimana mereka melalui krisis ini.

Parlimen Malaysia akan bersidang kali pertama sejak pilihanraya umum ke-12 pada 28 April ini. Isu yang paling penting dan kritikal yang patut dibangkitkan ialah isu makanan. Saya amat berharap kerajaan persekutuan bersama pembangkang dapat berkerjasama dalam hal ini. Buat sementara, lupakanlah segala perbezaan ideologi masing-masing, lupakanlah kepentinga diri masing-masing. Sama-sama kita menghadapi cabaran ini. Saya percaya, inilah harapan rakyat Malaysia.

Tanpa perjuangan hidup, hidup menjadi tidak bermakna. Tanpa fokus dan perjuangan, kita pasti kehilangan hala tujuan. Persoalannya, apakah perjuangan kita? Perjuangan untuk menjadikan diri kita lebih kaya, lebih popular, lebih dihormati atau lebih dikenali? Adakah perjuangan ini berbaloi?

Saya rakyat Malaysia, dan perjuanganku adalah untuk menjadikan negara kita bebas dari segala kesengsaraan tidak kira dari segi ekonomi atau sosial. Mungkin kita lihat diri kita kecil dan tidak mampu melakukan sebarang perubahan drastik. Namun, fikirlah jika kita semua berganding bahu membantu negara, memang kejayaan akan menunggu di depan mata. Fikirlah, apa yang kita boleh lakukan untuk negara.

Sama-sama la kita berjimat cermat, dan berbelanja dengan bijak dalam krisis ini

April 20, 2008

Roti Gardenia – RM3.00?

Filed under: Bahasa Malaysia — Tags: , , — tanyuethan @ 1:36 pm

Roti gardenia wholegrain fibremeal kini berharga RM3.00, naik dari RM2.70. Kata peruncit kedai runcit depan USMKK, kenaikan harga ini berkuatkuasa sejak minggu lepas. Nampaknya inflasi harga barang di Malaysia makin serius, puncanya dari krisis makanan sedunia. Malaysia tidak dapat elakkan diri dari krisis ini, namun kerajaan dengan bijak cuba mengawal harga daripada terus melonjak naik. Harga barang makin lama, makin naik, namun sumbangan PTPTNku tetap static, RM7000 setahun. Nampaknya ku terpaksa belajar hidup secara sederhana, makan biar sekadar menghilangkan lapar, bukannya untuk memuaskan nafsu makan… Kurangkan makan di KFC, McD dan etc etc.

Walaupun krisis harga naik, namun jika kita lihat dari aspek lain, terdapat banyak perkara positif belaku di Negara kita. Misalnya, kerajaan kita telah berjanji memulihkan krisis kehakiman, yang hilang integritinya sejak 1988 dimana ketua hakim pada masa itu besama beberapa hakim lain dipecat. Badan Pencegah Rasuah (BPR) juga kini dicadangkan supaya melapor terus ke parlimen, ini sedikit sebanyak dapat membantu memulihkan persepsi negatif rakyat terhadap ketelusan BPR.

Hampir setiap hari apabila saya membaca surat khabar, ada perubahan aktif di Negara kita, kebanyakannya saya lihat sebagai positif. Walaupun, ramai yang mengatakan bahawa politik neagra kita masih kurang stabil, namun saya percaya, Malaysia kini mula mengorak langkah kea rah Negara yang adil, saksama dan maju.

Akan terus ku doa untuk Negara…

Tahun ini, ku dapat lagi tawaran menjadi Pembimbing Minggu Suai Kenal (PPMS) bagi sesi akademik 2008/09, namun ada sedikit halangan. Ku mesti lulus semua posting dan menganjakkan sesi elektifku 1 minggu lebih awal. Sekiranya ini dapat diselesaikan, dapatlah ku berkhidmat sebagai PPMS USMKK bagi kali ke-3!

March 21, 2008

Jam 3.00 petang

Filed under: Bahasa Malaysia, Religion — Tags: , , — tanyuethan @ 7:18 am

Jam menunjukkan 3.00 petang. Ku rasa perutku bagaikan mahu kecut. Namun masih belum kedengaran sebarang bunyi lagi. Ia dengan manjanya meminta makanan, tetapi ku tidak boleh membenarkan sebarang makanan melalui mulutku sehingga malam ini. Adui, penatnya! Saya sepatutnya berpuasa hari ini, sempena Hari ‘Good Friday’ yang melambangkan pergorbanan tuhan Yesus Kristus di atas salib lebih kurang 2000 tahun dahulu.

Sebenarnya, pagi ini bila saya bangun dari tidur (tidak tahu mengapa saya boleh bangun seawal 7.00 pagi walaupun semalam saya tidur pada jam 1.30 pagi). Ini mungkin sebab sudah biasa bangun awal pada hari kerja, jadi pagi ini walaupun bukan hari bekerja, saya secara automatic bangun awal. Agaknya sebab saya bangun awal, maka saya ke gereja pagi ini, di sanalah baru saya tahu yang saya sepatutnya berpuasa hari ini. How pathetic…

Selain perut yang sedang buat perangai nak makan, rasanya otakku sekarang dah jam! Agaknya sebab hypoglycaemia kot? Kepala aku pun dah pening dah, macam manalah kalau saya disuruh berpuasa sebulan? Mesti dah pengsan separuh jalan. Saya perlukan bantuan Tuhan untuk mengharungi hari yang istimewa.

Tetapi, sekiranya kita menbandingkan sengsara kita yang terpaksa berpuasa hari ini dengan sengsara yang dilalui Yesus tercinta, sengsara kita tidak sebanyak mana. Yesus telah mengharungi bukan sahaja kesakitan physical, malahan Beliau dicemuh dan dimaki hamun oleh pegawai Roman. Beliau dipukul rantai besi berduri 39 kali, melambangkan 39 jenis penyakit di dunia ini. Beliau disalib mati. Namun Beliau bangkit semula selepas 3 hari.

To all Christian, lets treasure this ‘Good Friday’.

Blog at WordPress.com.